fbpx

Altenatif lain ganti hukuman mati bakal dipertimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Laporan Akhir Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan pertimbangan dan persetujuan bersama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan itu mengandungi syor hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 21 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan tahun lalu untuk melaksanakan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam tempoh empat bulan mulai 20 September 2019 hingga 31 Januari lalu.

“Kita telah selesai melaksanakan kajian berkaitan dasar penghukuman bagi menggantikan hukuman mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

“Hasil dapatan kajian ini dijangka akan menjawab persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah kepada hukuman penjara minimum supaya hukuman dapat dijatuhkan berdasarkan fakta setiap kes,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan memansuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan pengedaran dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI