fbpx

Aidil sifatkan pertemuan pemain, KFA permulaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL (tengah) mengharapkan segala isu dan masalah antara pemain, pegawai dan pengurusan KFA dapat diselesaikan segera agar skuad Helang Merah boleh fokus dengan saingan Liga M. – KFA MEDIA

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

PENGENDALI skuad Helang Merah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan pertemuan kali pertama bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor selain pembayaran tunggakan sebulan gaji sebagai permulaan baik penyelesaian segala isu yang timbul.

Menurut jurulatih kelahiran Singapura itu, seluruh anggota pasukan mengharapkan segala isu diselesaikan secepat mungkin agar tumpuan dapat difokuskan sepenuhnya kepada bola sepak.

“Menerusi apa yang dimaklumkan oleh Sanusi, kita dapat lihat bagaimana KFA bekerja keras selesaikan isu berbangkit.

“Bagi saya, mereka menghargai pasukan dengan mengatur pertemuan ini dan akhirnya kita mahu pasukan ini lebih maju,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang mewakili rakan-rakan sepasukannya menzahirkan harapan agar pihak pengurusan KFA dapat membayar sekurang-kurangnya tunggakan dua bulan gaji.

“Bayaran sebulan yang diterima ini sedikit sebanyak mengubat kesedihan kami tetapi mungkin pihak KFA boleh pertimbangkan untuk membuat bayaran bagi tunggakan bulan Jun.

“Bagi tunggakan gaji ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, rundingan boleh diadakan antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Ini kerana menurutnya, para pemain Kedah sentiasa terbuka untuk berunding dan membuat pertimbangan bergantung kepada cara ia dilaksanakan.

“Kenyataan presiden yang menyatakan beliau komited menyelesaikan isu gaji menjadi pemangkin semangat untuk menampilkan aksi terbaik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI