fbpx

773 pengembara sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 773 daripada 91,385 pengembara dari luar negara yang tiba ke negara ini disahkan positif Covid-19 sehingga 4 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu sebanyak 562 kes dikesan positif menerusi ujian pengesanan pertama, manakala 211 kes lagi menerusi ujian saringan kedua.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 40 hospital termasuk dua hospital universiti sudah dikenal pasti sebagai Hospital Covid-19 dengan kapasiti maksimum sebanyak 5,500 katil.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan dengan bantuan agensi kerajaan lain membuka 26 pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah dengan kapasiti 1,389 katil bagi merawat pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala ringan dan stabil.

Jelas Aaron, buat masa ini sebanyak 6,889 katil telah disediakan keseluruhannya untuk menempatkan pesakit Covid-19 dengan kadar penggunaannya sehingga sekarang adalah hanya 15 peratus.

“Terdapat 58 makmal di seluruh negara boleh menjalankan ujian pengesanan Covid-19 iaitu 24 di bawah Kementerian Kesihatan, 18 swasta, 13 hospital universiti, dua makmal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah milik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dengan kapasiti maksimum mencecah 38,600 ujian sehari.

“Kementerian Kesihatan juga mempunyai kapasiti sumber manusia yang mencukupi termasuk tambahan sebanyak 2,000 lagi petugas kesihatan kontrak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan dibantu oleh doktor serta pakar perubatan swasta,” katanya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) yang ingin tahu tentang langkah yang diambil dalam membendung penularan pandemik Covid-19 dalam negara terutamanya setelah sempadan kembali dibuka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI