fbpx

184 ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 184 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 49 individu telah direman dan 135 individu lagi dikenakan kompaun.

Beliau berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 67,090 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Sebanyak 4,112 pasar raya, 6,164 restoran serta 2,626 penjaja, dan 2,286 pasar awam telah diperiksa.

“Turut diperiksa, 4,201 tempat ibadah serta 1,607 tempat riadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI