PUTRAJAYA – Kluster Tawar di Baling, Kedah dikenal pasti sebagai satu kluster baharu dengan sembilan kes jangkitan Covid-19 dikesan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,129 dengan 183 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua sembilan kes itu melibatkan wargangera dengan kes pertama dikesan positif pada 11 Ogos lalu.
Beliau berkata, kes pertama iaitu kes 9,113 adalah lelaki warganegara yang mempunyai sejarah menghadiri upacara memperingati kematian ahli keluarga dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu dan dihadiri oleh 30 orang tetamu.
“Mangsa mengalami sakit dada serta demam pada 8 Ogos sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
“Saringan Covid-19 dijalankan pada 8 Ogos sebelum mangsa dikesan positif pada 11 Ogos lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE