fbpx

13 bekas calon Parlimen dan DUN Bersatu keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faudzi (tengah) bersama bekas-bekas calon Parlimen dan DUN menunjukkan kenyataan media pada Majlis Pengisytiharan Keluar Parti Bersatu oleh Bekas-bekas Calon Parlimen dan Dun di Kelab Tasik Putrajaya, di sini, hari ini. Foto: FAISOL MUSTAFA

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 13 bekas calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari empat buah negeri mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Jurucakap wakil berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Faudzi Musa berkata, keputusan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

Beliau yang juga bekas calon Bersatu Parlimen Setiu, Terengganu berkata, buat masa ini pihaknya belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti sebaliknya bertindak sebagai pemerhati politik sahaja.

“Hari ini kita umum keluar parti dan pada masa sama kekal berprinsip tidak menyokong mana-mana parti dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya pada sidang akhbar pengumuman keluar parti di sini hari ini.

Antara bekas calon Bersatu Parlimen yang keluar parti hari ini adalah Azran Deraman (Jeli),
Datuk Wan Nazari Wan Jusoh (Besut), Prof. Dr. Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak), Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau), Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut) dan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Bersatu Kuala Besut, Dr. Che Ku Hashim Che Ku Mat.

Katanya, pihaknya juga mendesak supaya Parlimen segera dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih semula Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Ditanya sama ada beliau bersama yang lain akan menyertai parti Pejuang yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mohd. Faudzi berkata, buat masa ini, pihaknya masih memerlukan masa untuk memilih parti yang sesuai dan terbaik. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI