fbpx

Tiada saman ingkar penggunaan CRS sehingga hujung tahun – Wee Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) sebaliknya akan menggunakan pendekatan khidmat advokasi, pendidikan dan nasihat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan itu akan diambil sehingga hujung tahun ini sebelum satu penyelesaian jangka panjang baharu akan diumumkan kelak.

“Kita akan teruskan penggunaan CRS. Bagaimanapun kita tidak akan kenakan saman dan kita akan lanjutkan penangguhan saman sehingga hujung tahun.

“Kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi tahap keselamatan kanak-kanak tanpa membebankan rakyat khususnya ibu bapa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Datuk Zakaria Mohd. Edris @ Tubau (PH-Libaran) yang ingin tahu tahap pelaksanaan dasar penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 dan adakah kementerian bercadang untuk meluaskan pelaksanaannya ke sektor pengangkutan awam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI