fbpx

Teknologi Lenovo ThinkBook Plus dilengkapi dua paparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMOUTER riba Lenovo ThinkBook Plus dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisinya.

KOMPUTER riba kini boleh dikatakan sebagai satu peranti yang penting terutamanya buat pekerja dan pelajar.

Pelbagai pilihan komputer riba boleh didapati di pasaran. Syarikat-syarikat pengeluar mempertaruhkan peranti terbaik mereka dari semasa ke semasa.

Lenovo Malaysia turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan siri komputer riba iaitu Lenovo ThinkBook Plus.

Lenovo ThinkBook Plus adalah salah satu model komputer riba di bawah siri ThinkBook yang dikeluarkan oleh Lenovo Malaysia.

Peranti itu dilengkapi dengan dua paparan yang membantu pengguna menjadi lebih produktif ketika melakukan pelbagai tugasan.

Komputer riba ini mempunyai satu paparan bersaiz 13.3 inci dan dibelakangnya satu paparan e-Ink bersaiz 10.8 inci.

Kedua-duanya mempunyai resolusi densiti tinggi penuh (full HD).

Melalui paparan e-Ink, pengguna boleh terus melayari laman web atau membaca sebarang dokumen tanpa perlu merujuk paparan skrin utama komputer riba tersebut.

Paparan e-Ink dibuat daripada kaca pelindung Corning Gorilla Glass NBT yang memberi ketahan calar yang lebih baik.

Lenovo ThinkBook Plus dikuasakan dengan pemprosesan Intel Core i5-10210U dan menggunakan sistem operasi Windows 10 Home 64.

Dalam pada itu, kapasiti memori peranti pintar ini adalah sebanyak lapan gigabait (GB) dan saiz storan pula sebesar 512 GB.

Apa yang lebih menakjubkan, komputer riba itu juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan pengguna boleh membuka masuk tanpa menggunakan kata laluan.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan dengan peranti pintar ini,ia ditawarkan pada harga RM5,849.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI