fbpx

Tayar terpakai jadi hiasan kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAZALI berdiri di sebelah replika dinosaur dan haiwan lain yang diperbuat daripada tayar terpakai ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Anggerik, Senawang kelmarin.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang pesara tentera tidak menyangka hobi suka-suka menghasilkan hiasan menggunakan tayar terpakai kian mendapat perhatian peminat kraftangan sekali gus menambahkan pendapatan keluarganya.

Zazali Ibrahim, 58, berkata, sebiji tayar terpakai yang dibeli dengan harga RM2 boleh menghasilkan pelbagai jenis hiasan kreatif termasuk buaian, tengkolok, kerusi, pasu dan pelbagai jenis binatang.

Katanya, idea untuk menghasilkan hiasan tersebut bermula sejak setahun lalu apabila dia tidak dapat tidur lena di rumah ekoran sudah biasa dengan kerjaya yang mencabar.

“Bila khidmat tentera tamat pada 1994, saya menawarkan khidmat latihan motivasi team building di seluruh negara.

“Bila duduk rumah atas faktor kesihatan isteri, saya mula tidak tidur lena bila tiada kerja nak buat. Jadi saya beli tayar terpakai di kedai dan mula menghasilkan pasu untuk tanam sayur dan
bunga,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Anggerik Senawang dekat sini kelmarin.

 

REKA bentuk kerusi yang diilhamkan daripada drama Game of Thrones amat disayangi oleh Zazali.

 

Tambahnya, sejak itu, ada jiran yang mula membeli dan permintaan bertambah banyak sebaik anak menantunya memasukkan hasil kreatifnya ke dalam Facebook.

Menurut Zazali, ada juga hiasan dibuat berdasarkan gambar yang diberikan oleh pelanggan seperti dinosaur, binatang, serangga dan sebagainya.

“Ada yang datang dari Muar, Jerteh dan banyak juga peniaga yang mahu meletakkan replika berasaskan tayar terpakai di kedai masing-masing.

“Macam tengkolok ini sudah lima unit dijual dengan setiap satu menggunakan empat biji tayar. Sekarang saya sedang siapkan replika lipas, kala jengking, anai-anai dan lain -lain untuk syarikat kawalan serangga,” katanya.

Tambahnya, dia turut membuat kerusi pengantin untuk anaknya kerana sukar membuat tempahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan lalu.

“Saya tidak belajar di mana-mana. Buat sebab minat sahaja dan gembira dapat tunaikan hajat orang,” katanya.

Menurut Zazali, rekaan kerusi yang diilhamkan daripada drama Game of Thrones paling disayang kerana diolah bersesuaian dengan budaya Melayu dengan meletakkan imej keris di belakang berasaskan kayu.

“Ada pihak hendak beli RM700 tapi saya tidak jual. Saya hanya akan jual jika saya ada rekaan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI