fbpx

Portugal destinasi akhir MotoGP 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Portimao menjadi aksi penutup saingan MotoGP musim ini selepas beberapa perlumbaan dibatalkan. – AFP

LISBON – Teka-teki mengenai lokasi perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akhirnya terjawab apabila Litar Portimao di Portugal bakal menjadi tuan rumah pada aksi 20 November nanti.

Musim 2020 sepatutnya menjadi musim terpanjang dengan membabit 20 pusingan, namun terpaksa disingkatkan kepada 15 perlumbaan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Kesemua siri pusingan perlumbaan di luar benua Eropah terpaksa dibatalkan termasuk saingan di GP Malaysia, Thailand dan Argentina akibat terkesan dengan wabak berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata, pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Litar Portimao pada tahun 2017 sebagai litar simpanan sekiranya terdapat beberapa litar menarik diri dalam saingan MotoGP.

“Ini merupakan berita besar bagi kami kerana akhirnya dapat menganjurkan perlumbaan MotoGP di Portugal. Kami pernah ke sini (Portimao) dengan perlumbaan Superbike. Rata-rata pelumba dilihat gembira untuk beraksi di sini,” kata Ezpeleta.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Portimao, Paulo Pinheiro berharap saingan GP Portugal dapat dimeriahkan dengan kehadiran penonton selepas tiga perlumbaan musim ini terpaksa dianjurkan secara tertutup. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI