fbpx

Penalti Fernandes selamatkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk membolehkan United mara ke pentas separuh akhir. – AFP

COLOGNE, Jerman – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes muncul wira pasukan itu apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Copenhagen pada aksi suku akhir Liga Europa di Stadion Rhein Energie awal pagi semalam.

Ia sekali gus melayakkan The Red Devils ke peringkat separuh akhir dan bakal berhadapan Wolverhampton Wanderers atau Sevilla pada Isnin depan.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berpuas hati dengan kemenangan anak-anak buahnya meskipun sekadar menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu.

“Musim ini sahaja sudah tiga kali kami berjaya ke separuh ­akhir dalam setiap kejohanan disertai. Saya sangat gembira kerana kami sememangnya berhak meraih kemenangan untuk perlawanan ini.

“Banyak percubaan kami ter­kena palang dan tiang gol selain kehebatan penjaga gol Copenhagan menafikan peluang kami menambah jaringan. Walaupun mereka berjaya memberikan ke­sukaran tetapi kemenangan tetap milik kami,” katanya.

United dianugerahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Copenhagen, Andreas Bjelland menjatuhkan Marcus Rashford dan disudahkan oleh Fernandes pada minit ke-95.

Ia adalah jaringan ke-11 pemain Portugal itu dalam semua kejohanan sejak menyertai Uni­ted daripada Sporting Lisbon pada hujung Januari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI