fbpx

Pasangan suami isteri ditahan ingkar kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wari Kiew menunjukkan salah satu lorong tikus yang menghubungkan antara sempadan Perlis dan Kedah di Kampung Kuala Sanglang, Perlis baru-baru ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Sepasang suami isteri dari Sanglang dekat sini ditahan kerana mencuri keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) menggunakan lorong tikus.

Pasangan berusia 54 dan 65 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang pada pukul 3.30 petang.

Mereka ditahan ketika mahu memasuki semula kawasan kuarantin untuk pulang ke rumah.

Pemeriksaan ke atas wanita tersebut mendapati dia memakai gelang merah jambu manakala suaminya pula mengaku telah menanggalkan gelang tersebut dengan alasan mengalami alahan pada kulit.

Dua individu itu yang menaiki motosikal memberi alasan keluar dari kawasan PKPD untuk membeli barang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan  dan Seksyen 22(b)  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pasangan ini ditahan kerana keluar dari rumah mereka di Kampung Kuala Sanglang tanpa sebab yang munasabah semasa arahan kuarantin dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tiada kompaun dikeluarkan  dan pasangan suami isteri terbabit diberikan jaminan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI