Oleh NOOR HASLIZA NUSI
GOERGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di dalam kediamannya di Pintasan Cecil, Lebuh Cecil di sini pagi tadi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.11 pagi dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada anggota polis untuk membuka pintu rumah yang terkunci.
“Sebaik pintu dibuka mengunakan peralatan khas, telah ditemui satu mayat lelaki berusia 40-an di dalam sebuah bilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut jurucakap itu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat pada pukul 9.41 pagi. – K! ONLINE.