fbpx

Ketua Balai, dua anggota direman bantu kes suapan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM mengiringi seorang pegawai dan dua anggota polis ke Mahkamah Majistret bagi permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Kompleks Mahkamah Melaka./ FOTO - Rasul Azli Samad.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang Ketua Balai Polis berusia 57 tahun dan dua anggota direman empat bagi membantu siasatan kes menerima suapan sebanyak RM6, 000 bagi mengelak tindakan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah reman bermula hari ini sehingga 15 Ogos itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lim Kim Kiat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, Ketua Balai berpangkat Sub-Inspektor itu bersama dua lagi anggota berpangkat konstabel masing-masing berusia 27 dan 26 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan di sebuah balai polis di dalam daerah Melaka Tengah selepas dipercayai menerima suapan sebanyak RM6, 000 kira-kira pukul 5 petang hari sama.

Suapan itu dilakukan bagi tujuan mengelakkan tindakan menyaman pemilik kerana melanggar arahan PKP.

Hasil pemeriksaan di lokasi turut menemukan wang sebanyak RM6,000 berkenaan yang disimpan di dalam pejabat suspek.

Difahamkan, suspek juga meminta pemilik perniagaan tersebut membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan agar perniagaannya tidak diganggu dan diambil tindakan.

Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI