fbpx

Guru maut dalam nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan di Padang Menora, Kepala Batas semalam membabitkan empat kenderaan.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang guru perempuan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Jalan Padang Menora, Kepala Batas di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, mangsa, Wahidah Najib Roslan, 36, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal, kereta jenis Proton Saga serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena dan Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Y15ZR dari Tasek Gelugor menghala ke Bukit Mertajam telah memotong Toyota Hilux dari sebelah kanan.

“Mangsa yang memandu Proton Saga dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal, Hilux dan MPV yang berada di belakang kenderaan pacuan empat roda (4WD).

“Penunggang motosikal yang mengalami patah kaki dan tangan kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI