fbpx

Baru aktif enam bulan lalu sudah masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid (tengah) menunjukkan sebahagian rampasan dadah jenis syabu seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM447,320 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. / FOTO - Amir Irsyad Omar.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar syabu serta heroin selepas menahan dua suspek lelaki di Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini dua minggu lalu.

Suspek berusia 35 dan 47 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam serbuan yang dijalankan selama tujuh hari sehingga 8 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid berkata, pemeriksaan di sebuah rumah di Bukit Tengah berjaya membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis heroin.

“Di situ, kita menahan seorang lelaki dan merampas beberapa jenis dadah bernilai RM47,320 bersama peralatan memproses.

“Susulan penahanan lelaki itu, kita sekali lagi menahan rakannya di kawasan berhampiran pada 8 Ogos lalu dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM400,000,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kegiatan sindiket yang aktif sejak enam bulan lalu di negeri ini selain mengenalpasti beberapa individu lain yang terlibat.

Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM447, 320 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI