fbpx

Bapa bunuh bayi umur 40 hari selepas isteri tolak adakan hubungan kelmarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS melakukan siasatan di lokasi kejadian. – BATAMNEWS

JAKARTA – Seorang lelaki tergamak membunuh anak kandung sendiri yang baru berusia 40 hari apabila permintaan untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya dalam kejadian tragis di sebuah kampung di wilayah Lampung, Sumatera pada Ahad lalu.

Laman berita Indonesia melaporkan pegawai polis tempatan, Asisten Komisioner Devi Sujana sebagai berkata, kejadian bermula dengan isteri suspek, Emilia Safitri yang sedang menyediakan makan malam menegur suaminya kerana merokok sambil mencium bayi mereka.

“Pada awalnya isteri suspek tidak mengesyaki apa-apa, namun sejam kemudian, dia mendengar bayinya menangis lalu bergegas ke bilik tidur dan mendapati suaminya sedang mencekik anak mereka.

“Emilia kemudian mengambil bayi malang itu lalu menenangkannya sebelum suspek meminta untuk mengadakan hubungan seks, namun ditolak dengan alasan dia masih dalam tempoh berpantang.

“Apabila mendengar jawapan tersebut, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak memukul kepala bayi dan isterinya,” katanya.
Isteri suspek cuba keluar dari rumah untuk meminta pertolongan, namun lelaki berkenaan menarik kaki bayi mereka dan memukulnya berkali-kali.

“Emilia cuba menghentikan perbuatan suaminya yang memukul bayi itu sehingga dia berhenti menangis, kelihatan pucat dan tidak bergerak.

“Si isteri kemudian lari melalui pintu belakang dan melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Way Kanan.

“Mayat bayi itu dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat,” jelas Devi.

Suspek yang bekerja sebagai penoreh getah ditahan polis 12 jam kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI