fbpx

Bahagian Perlindungan JPM bakal dijenamakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabudin (dua dari kiri) meletakkan tangan sebagai gimik perasmian Majlis Outreach Program Perlindungan Saksi yang disaksikan Mohamed Norazman (kiri), hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dicadangkan supaya dijenamakan semula kepada Agensi Perlindungan Saksi Malaysia (APSM).

Timbalan Menteri JPM dalam bidang Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Shabudin Yahaya berkata, penjenamaan semula bahagian tersebut selaras dengan kepentingan bahagian tersebut dengan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

“Peranan yang dimainkan Bahagian Pelindungan mewajarkan supaya agensi ini dijenamakan semula agar setanding dengan agensi-agensi bidang keselamatan dan pertahanan negara yang lain.

“Justeru, saya berhasrat agar Bahagian Perlindungan dapat dijenamakan sebagai Agensi Perlindungan Saksi Malaysia pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Outreach Program Perlindungan Saksi di Hotel Grand Blue Wave di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan JPM, Datuk Mohamed Norazman Mohamed Ariffin berkata, pihaknya sudah menghantar kertas cadangan penjenamaan semula bahagian itu kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan.

Menurutnya, pihaknya difahamkan kertas cadangan penjenamaan semula itu telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali untuk dipertimbangkan.

“Saya berharap lebih ramai penjawat awam dapat diserapkan ke dalam Bahagian Perlindungan bagi memantapkan urus kerja yang diselia bahagian itu.

“Kami memerlukan pegawai psikologi untuk membantu saksi menghadapi tekanan (ketika dalam perlindungan badan itu), pegawai yang membolehkan kami berurusan dengan agensi luar negara dengan lebih baik dan pegawai korporat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI