fbpx

Apple diarah bayar ganti rugi RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 16 Oktober 2014 menunjukkan tablet iPad Mini 3 (kiri) dan iPad Air (kanan). - AFP

WASHINGTON, Amerika Syarikat – Sebuah mahkamah di Texas mengarahkan syarikat teknologi, Apple membayar ganti rugi dan faedah berjumlah lebih AS$500 juta (RM2 bilion) kepada syarikat harta intelek, PanOptis kerana kesalahan melanggar hak cipta paten 4G.

Menurut media tempatan, PanOptis selaku pemegang lesen paten 4G memfailkan saman terhadap Apple pada Februari tahun lalu atas dakwaan mencuri teknologi 4G LTE yang digunakan pada telefon pintar, tablet dan jam tangan jenama syarikat gergasi itu.

“Plaintif berulang kali berunding dengan Apple untuk mencapai persetujuan FRAND ekoran pelanggaran portfolio oleh Apple,” kata kenyataan yang difailkan di mahkamah.

FRAND merupakan istilah yang digunakan oleh syarikat teknologi maklumat merujuk kepada penyelesaian secara  ‘adil, wajar dan tidak mendiskriminasi’.

Bagaimanapun, rundingan tersebut gagal selepas Apple enggan  membayar royalti kepada pemegang lesen PanOptis.

Apple dalam hujahnya berkata, tuntutan hak paten tersebut tidak sah.

“Saman syarikat seperti ini (PanOptis) yang mengumpulkan paten untuk mengganggu industri hanya akan menyekat inovasi dan menjejaskan pengguna,” kata Apple dalam kenyataan medianya.

Menurutnya, kes seperti itu merupakan antara saman hak paten yang kerap dikemukakan oleh syarikat pemegang lesen yang tidak menghasilkan sebarang produk tetapi memiliki hak untuk teknologi tertentu. Pengkritik-pengkritik menggelar firma seperti itu sebagai ‘patent trolls’.

Mahkamah Texas sudah dua kali mengarahkan Apple membayar ganti rugi bernilai ratusan juta dolar kepada sebuah lagi syarikat teknologi, VirnetX atas dakwaan serupa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI