fbpx

11 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 9,114 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, lapan merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala tiga kes adalah penularan tempatan.

“Lapan kes import tersebut membabitkan tujuh warga Malaysia dan satu bukan warganegara.

“Kes import ini adalah dari negara Singapura (3), Filipina (3) serta masing-masing satu dari Australia dan Jepun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga kes penularan tempatan membabitkan dua kes rakyat Malaysia dan satu kes bukan warganegara.

“Dua kes rakyat Malaysia adalah kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kedah yang mana mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan kedua-dua kes tidak berkait rapat antara satu sama lain.

“Satu kes jangkitan melibatkan bukan warganegara pula adalah saringan tahanan baharu di lokap Balai Polis Tawau, Sabah,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pada masa sama satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala tiada pertambahan kes kematian hari ini.

Katanya, lapan kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,817 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI