IPOH – Tujuh individu maut dalam kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Keramat Pulai di sini sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5.45 petang itu, kesemua mangsa maut terdiri tiga wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.
Tiga lagi individu termasuk dua kanak-kanak lelaki pula mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 5.55 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke tempat kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah lori.
“Operasi masih berjalan dan JBPM akan memaklumkan dari masa ke masa,” katanya. – K! ONLINE