fbpx

SPRM selit mesej anti rasuah menerusi platform e-sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi agensi penguatkuasaan pertama yang mengambil pendekatan e-sukan sebagai platform untuk menerapkan mesej anti rasuah kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan menganjurkan SPRM PUBGM i-Challenge bermula 17 hingga 6 September ini bagi mendekati masyarakat khususnya komuniti elektronik (e-komuniti).

Beliau berkata, program atas talian itu dijangka menarik minat golongan belia khususnya peminat permainan berkenaan di seluruh negara.

“Sepanjang program itu berlangsung, kami akan memberi suntikan elemen anti rasuah termasuk dalam bentuk visual, grafik dan video.

“Semua kandungan mesej anti rasuah ini akan menjadi tontonan wajib semua peserta dan penonton terutama ketika selang masa ke perlawanan seterusnya. Malah, ketika menunggu perlawanan seterusnya, peserta berpeluang menjawab kuiz pendek berkaitan anti rasuah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PUBG Mobile i-Challenge di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak RM8,000 wang tunai keseluruhan disediakan bagi pemenang pertandingan itu dengan juara bakal membawa pulang wang tunai RM2,500.

Azam berkata, pihaknya memilih permainan itu kerana ia menjadi pilihan utama golongan belia di negara ini selain mudah diakses menggunakan telefon pintar.

Menurutnya, program itu dilancarkan hasil kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

“Program itu terbuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 60 tahun dan menggunakan format pertandingan berkumpulan iaitu empat orang satu kumpulan.

“Selain itu, format pertandingan pula menggunakan sistem kalah mati di mana pasukan yang menang layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Katanya, beliau berharap program itu dapat mendekatkan peserta kepada SPRM secara maya dan secara tidak langsung memberi pengenalan berkaitan agensi khusunya berkaitan aspek pencegahan rasuah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI