fbpx

SPM Ulangan mulai 17 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 6,301 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik yang bermula pada 17 hingga 19 Ogos ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, peperiksaan itu akan dijalankan di 193 pusat peperiksaan di seluruh negara dan akan dikendalikan 1,445 petugas peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

“Sehubungan ini, semua calon hendaklah merujuk kepada jadual waktu peperiksaan SPMU untuk mendapatkan maklumat mengenai butiran peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Di samping itu, calon SPMU perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan SPMU boleh dimuat turun di portal Lembaga Peperiksaan di alamat http://lp.moe.gov.my/.

Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam pula boleh dimuat turun di alamat https://www.moe.gov.my/.

Panduan itu hendaklah dibaca bersama-sama dengan prosedur operasi standard (SOP) serta arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berkaitan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI