fbpx

Semua pihak perlu sokong RCI Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk pembangkang sepatutnya menyokong terhadap cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling-BN), beliau berharap agar isu TH tidak dijadikan modal politik agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Akhir sekali macam macam disebutkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam, semua nak debat, Yang Berhormat Parit Buntar (Datuk Mujahid Yusof Rawa) pun sama, niat kita bangunkan Tabung Haji, bukan jahanamkan Tabung Haji.

“Niat kita tidak mahu bawa ke kancah politik walaupun berbeza pendapat, biarlah RCI itu yang menentukan dan biar rakyat tahu hasil melalui siasatan diraja itu, tak perlu berbahas, saya boleh kelirukan rakyat, Yang Berhormat pun serupa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ketika Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bnadar Baharu-PH) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020.

Abdul Azeez turut mempersoalkan kewajaran pembayaran RM10 juta kepada juruaudit swasta ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dahulu sedangkan TH seharusnya diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Beliau turut membantah dakwaan Saifuddin yang menuduh kerajaan terdahulu tidak mempedulikan teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang menggunakan duit pendeposit untuk bayaran hibah.

“Untuk makluman, pada 2015 BNM telah beri teguran, saya dan Menteri ketika itu dan menyimpan RM360 juta dalam keuntungan dan saya ada bukti dari BNM dan kami telah balas dan perakui walaupun TH bukan di bawah seliaan BNM,” ujarnya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI