fbpx

PTPK tangguh bayaran pinjaman untuk tiga bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan menangguhkan pembayaran pinjaman latihan kemahiran untuk lepasan sekolah dan pinjaman pekerja bagi tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober hingga 31 Disember depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, seramai 178,908 peminjam akan mendapat manfaat daripada pengangguhan tersebut yang melibatkan anggaran penangguhan bayaran balik berjumlah RM70 juta bagi tempoh itu.

“Penangguhan bayaran pinjaman latihan kemahiran PTPK untuk tiga bulan lagi selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai lepas mengenai lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar untuk melindungi dan mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPK ini secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan penangguhan pinjaman latihan kemahiran PTPK untuk tempoh enam bulan mulai 1 April hingga 30 September berjumlah RM149.2 juta melibatkan 174,500 peminjam.

Saravanan berkata, ini adalah di bawah pakej PRIHATIN yang diumumkan pada 27 Mac lepas.
Justeru katanya, dalam konteks ini, anggaran penangguhan bayaran balik pinjaman PTPK secara keseluruhan adalah berjumlah RM220 juta sehingga 31 Disember depan melibatkan 178,906 peminjam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI