fbpx

PM Lebanon letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Diab

BEIRUT – Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Peletakan jawatan itu seminggu lepas tragedi letupan kuat di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 200 orang dan lebih 5,000 yang lain cedera.

Diab, 61, membuat pengumuman peletakan jawatannya secara langsung di televisyen.

Beliau mengundurkan diri ketika keadaan semakin tegang dengan penunjuk perasaan yang marah dengan kejadian letupan itu, terus bertempur dengan pihak keselamatan di tengah bandar raya Beirut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI