fbpx

Penguat kuasa SPRM tentukan pakai baju lokap oren atau tidak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program SPRM PUBGM I-Challenge di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD NOOR

PUTRAJAYA – Arahan untuk memakai baju lokap atau baju oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terletak pada budi bicara dan kuasa yang ada pada pegawai penyiasat dan penjaga lokap.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu adalah isu lama.

“Saya dah kata banyak kali itu (pakai baju lokap) adalah terpulang kepada kuasa budi bicara pegawai penyiasat berkenaan.

“Mana-mana pegawai penyiasat yang gunakan baju lokap oren dalam lokap adalah budi bicara pegawai penjaga lokap dan pegawai penyiasat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran PUBG Mobile i-Challenge di sini hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan Guan Eng bahawa siasatan terhadap dirinya berat sebelah berbanding kes dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Azam berkata, pihaknya tidak berat sebelah terhadap mana-mana pihak sebaliknya menjalankan tugas seperti biasa iaitu secara telus dan profesional.

“Kami tidak ada berat sebelah mana-mana pihak dan kami jalankan tugas seperti biasa dan secara telus dan profesional,” katanya.

Sementara itu, Azam memaklumkan bahawa tiada tangkapan lain berkait kes Guan Eng buat masa ini.

Sebelum ini, Guan Eng meluahkan rasa kecewanya apabila terpaksa bermalam di lokap tanpa bantal mahupun tilam sebelum didakwa di mahkamah berhubung terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau turut mendakwa situasi dilaluinya berbeza berbanding Najib yang tidak perlu bemalam di lokap walaupun semalaman meskipun didakwa SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI