fbpx

Penganggur ugut, sebar gambar tidak senonoh kekasih dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang penganggur lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan ugutan jenayah dan penyebaran gambar tidak senonoh teman wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook 4 Ogos lalu.

Suspek berusia 20 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di kawasan Padang Rengas, Perak kira-kira pukul 7.50 malam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, tangkapan dilakukan sejurus menerima laporan kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selepas dipercayai terjatuh dari aras 22 kondominium di Bayan Lepas di sini, 3 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa bertindak sedemikian selepas suspek memaki hamun dan mengugut menyebarkan gambar tidak senonoh menerusi panggilan telefon kepada ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

“Ekoran daripada siasatan yang dijalankan, kita telah berjaya menahan suspek dan merampas telefon bimbit miliknya yang mengandungi gambar aksi tidak senonoh individu lain yang belum dikenalpasti.

“Modus operandi suspek adalah memaki hamun dengan perkataan kesat dan membuat ugutan jenayah menyebarkan gambar-gambar milik mangsa yang telah disunting sekiranya enggan meneruskan hubungan atau melakukan hubungan seks dengannya melalui telefon,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut juga mendapati suspek terlibat dengan lima lagi laporan siri kejadian melibatkan kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perak.

Tambahnya, suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau itu kini ditahan reman selama seminggu mulai 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI