fbpx

Keyakinan Wolves makin memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COADY mengakui kejayaan menewaskan Olympiacos membakar semangat mereka untuk menjadikan Sevilla mangsa selepas ini. – AFP

DUISBURG, Jerman – Kap­ten Wolverhampton Wande­rers, Conor Coady menyifatkan, keyakinan mereka ketika ini berada pada tahap maksimum dan bersedia untuk menewaskan Sevilla pada suku akhir Liga Europa di Arena MSV awal pagi esok.

Coady menjelaskan keyakinan itu hadir selepas Wolves terpaksa berhempas pulas sebelum berupaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Olympiacos pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Molineux empat hari lepas.

“Inilah apa yang kami lakukan sepanjang musim ini. Walaupun sukar kami akan tetap berusaha mencari jalan untuk menamatkan perlawanan sebagai pemenang.

“Saingan Eropah sangat berbeza dengan aksi di Liga Perdana Inggeris kerana setiap pasukan boleh dikatakan sangat kuat dan sukar untuk diramal. Kelekaan boleh mengundang padah kepada pasukan kami.

“Sekarang masa terbaik untuk kami mencipta sesuatu supaya semua orang akan sentiasa menyebut nama Wolves. Kami sudah tidak sabar melakukannya,” katanya.

Justeru, pertahanan tengah itu menegaskan, Wolves tidak boleh menganggap perjalanan ke Jerman sebagai ‘cuti rehat’ kerana mereka bakal berhadapan bekas juara Liga Europa tiga musim berturut-turut sebelum ini yang mempunyai pemain yang penuh pengalaman.

Sementara itu, ketua jurulatih Wolves, Nuno Espirito Santo berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum semasa walaupun sedar terpaksa beraksi tanpa kehadiran seorang lagi tonggak pertahanan, Jonny.

Jonny tidak dapat bersama-sama Wolves ke Jerman kerana perlu menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami ketika menentang Olympiacos dan tempatnya digantikan pemain berusia 18 tahun, Lewis Richards. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI