SELEPAS 29 hari menerima rawatan di Hospital Swasta Nanavati, pelakon Abhishek Bachchan akhirnya disahkan bebas virus Covid-19, Ahad lalu.
Sebelum ini, hanya Abhishek, 44, daripada keluarga Bachchan yang masih tidak dibenarkan pulang sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Julai apabila menunjukkan gejala Covid-19.
“Janji adalah janji, saya sudah beritahu anda semua bahawa saya akan menewaskan virus ini.
“Akhirnya ujian swab saya didapati negatif Covid-19 dan saya dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.