fbpx

32 dikompaun sejak 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Sebanyak 32 kompaun telah dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi terhadap orang awam yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua mereka dikompaun dalam operasi dilakukan sejak 1 Ogos lalu sehingga hari ini (11 Ogos).

Jelasnya, kompaun dikeluarkan kerana mereka gagal mematuhi SOP dan protokol kementerian yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan pendemik wabak Covid-19.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal menggunakan pelitup muka, tidak merekodkan saringan suhu serta butiran pelanggan keluar dan masuk premis.

“Kesalahan lain termasuklah kesalahan menjalankan perniagaan yang mendedahkan orang ramai yang tiada penjarakan sosial.

“Kompaun bernilai RM1000 dikeluarkan kepada mereka mengikut perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, polis Kota Tinggi memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Tambahnya, operasi ini masih terus dijalankan terutama di tempat-tempat awam melalui pemantauan pasukan Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI