fbpx

Tiada bukti pemakaian pelindung muka dapat cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menjelaskan belum ada bukti klinikal yang menunjukkan pemakaian pelindung muka atau face shield dapat mencegah jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa ini, pihaknya ada bukti bahawa penggunaan pelitup muka (face mask) dapat memutuskan penularan Covid-19 iaitu sekitar 60 hingga 65 peratus.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati, jangkitan Covid-19 juga dapat diputuskan lagi dengan sokongan dan amalan penjarakan fizikal.

“Kita juga melihat pemakaian pelindung muka adalah lebih baik daripada tidak memakai apa-apa pelindungan langsung.

“Ketika ini, ketika ini terdapat banyak jenis pelitup muka sama ada untuk perubatan dan bukan perubatan dan bagi mereka yang tidak berdepan dengan kes Covid-19, mereka digalakkan menggunakan pelitup fabrik yang mempunyai tiga lapisan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan sedang meneliti pemakaian pelindung muka sebagai alternatif pelitup muka bagi murid di sekolah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan mendedahkan dalam tempoh seminggu lagi samada Kluster Sivagangga yang sebelum ini dikaitkan dengan ‘super spreader’ atau perebak utama mempunyai mutasi atau tidak.

“Mungkin dalam tempoh semingggu lagi kita akan melihat samada ada mutasi atau tidak pada kluster berkenaan. Setakat ini, kita hanya bimbang kalau ada mutasi tersebut.

“Jika ada mutasi pada virus yang dikesan pada kluster itu, ia akan meningkatkan kebolehjangkitan lebih dari 10 kali ganda,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI