fbpx

Rumah teres musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Perak, Sri Petaling yang musnah seratus peratus selepas dijilat api awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat musnah seratus peratus selepas dijilat api di Jalan Perak, Sri Petaling di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Mohd. Hasbullah Naimi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian Mers 999 pada pukul 6.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebanyak lima buah jentera bersama 23 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, Sungai Besi dan Jalan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan api.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal yang musnah seratus peratus akibat dijilat api dan kebakaran turut merebak ke bahagian bumbung rumah bersebelahan sebanyak lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hasbullah, kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI