fbpx

OKT maut terjatuh tingkat lima Mahkamah Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang, George Town di sini sebentar tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang orang kena tuduh (OKT) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat lima Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Mangsa lelaki ditemui terbaring di aras bawah mahkamah terbabit dengan kedua-dua tangan bergari dan lengkap berpakaian kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan terperinci sedang dijalankan di lokasi kejadian ketika ini.

Pakar Patalogi dari Hospital Pulau Pinang ketika ini berada di lokasi kejadian bagi menyiasat punca sebenar kematian lelaki terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI