fbpx

NHMS kaji bebanan penyakit berjangkit negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Hishamshah melawat ruang pameran Bengkel Latihan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) hari ini.

KUALA LUMPUR – Institut Kesihatan Umum menjalankan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020 bertemakan penyakit berjangkit bagi mengkaji bebanan penyakit seperti Hepatitis B dan C serta wabak Covid-19 di dalam negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim berkata, seramai 5,000 responden dari 2,000 kediaman di seluruh negara disasarkan bagi pengumpulan data yang dijalankan bermula 2 Ogos hingga 7 Oktober nanti.

“Seiring dengan situasi pandemik Covid-19, fokus utama tinjauan adalah melalui kajian seroprevalens ataupun pengambilan sampel darah antibodi Covid-19 serta penyakit lain seperti Hepatitis B dan C.

“Dapatan kajian ini diperlukan oleh Kementerian Kesihatan kerana dapat memberi anggaran yang lebih tepat mengenai bebanan jangkitan wabak tersebut di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Latihan NHMS di sini hari ini.

Katanya, bagi ujian sampel darah Hepatitis B, dapatan tinjauan itu akan digunakan bagi menilai impak program imunisasi Hepatitis B yang dimulakan di negara ini sejak tahun 1989.

“Bagi ujian seroprevalen Hepatitis C, kajian ini dapat memberi anggaran beban penyakit itu di Malaysia dan membantu merancang keperluan program rawatan Hepatitis C,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI