fbpx

Nelayan tamak terima padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan tunda yang ditahan di kedudukan 11.5 batu nautika Barat Daya muara Tanjung Karang semalam.

KLANG – Ketamakan sebuah bot nelayan menceroboh dan menunda di kawasan tidak dibenarkan mengundang padah selepas ditahan di kedudukan 11.5 batu nautika Barat Daya muara Tanjung Karang di sini semalam.

Penahanan tersebut dilakukan kira-kira pukul 2 petang dalam Op Benteng selepas bot tersebut menunda selama setengah jam di kawasan tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, berikutan penahanan itu kemudiannya membongkar kegiatan menggaji tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di bot tersebut.

“Siasatan mendapati bot tersebut daripada kelas C telah melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan di kawasan perairan tidak dibenarkan pihak berkuasa.

“Kita turut menahan empat lelaki termasuk tekong warga tempatan berusia 23 hingga 49 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan turut dirampas adalah hasil laut hampir 50 kilogram yang ditunda oleh bot tersebut,

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Rosli menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersengkongkol dalam rantaian isu mengaut hasil laut di perairan negara secara haram.

“Pemantauan dan mengukuhkan sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng laut di bawah National Task Force (NTF) dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penularan pandemik Covid-19 dan jenayah rentas sempadan’’ ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI