fbpx

Laporan polis berita palsu Pak Lah meninggal dibuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jefridin (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung mesej tular palsu mengenai kematian Tun Abdullah.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Satu laporan polis terhadap penularan berita palsu yang mengatakan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya, sebentar tadi.

Pegawai Khas Tun Abdullah, Datuk Jefridin Atan berkata, penularan berita palsu mengenai kematian Pak Lah untuk kali kedua dalam tempoh seminggu ini menimbulkan ketidaksenangan kepada ahli keluarga beliau.

“Ini juga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam apabila berita palsu ini melibatkan orang kenamaan seperti bekas Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPD Putrajaya hari ini.

Jefridin bersama beberapa pegawainya memasuki IPD Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi dan selesai membuat laporan kira-kira satu jam setengah kemudian.

Semalam, netizen sekali lagi dihidangkan dengan berita palsu menerusi penularan tangkap layar paparan Facebook yang mengaitkan kematian Pak Lah.

Terdahulu, pada 2 Ogos lalu, mesej sama turut ditularkan di aplikasi Whatsapp namun berita palsu itu dinafikan Pejabat Tun Abdullah dan menyatakan bahawa kesihatan bekas pemimpin negara itu dalam keadaan baik.

Abdullah, 81, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI