fbpx

Kerajaan cadang guna kain dijahit sebagai penutup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cadangan memakai pelitup muka berjahit bertujuan untuk menjimatkan kos keluarga B40 yang tidak mampu membelinya setiap hari. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cadangan penggunaan kain yang dijahit sebagai penutup muka untuk murid dan pelajar sudah dibangkitkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu sudah dibangkitkan semalam dan ia bertujuan untuk menjimatkan kos mungkin keluarga B40 tidak mampu membelinya setiap hari.

“Saya sudah bangkitkan dalam mesyuarat khas ini dan minta Kementerian Kesihatan buat kajian dahulu. Kita mahu pelitup muka itu hanya dibeli sekali dan digunakan berulang kali untuk tempoh sebulan atau dua bulan.

“Selepas guna, mereka tidak perlu buang atau tukar, sebaliknya cuci sahaja,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan, cadangan juga turut membenarkan perempuan yang berpurdah tidak perlu lagi memakai pelitup muka.

“Apa yang cuba dilakukan kerajaan itu adalah bertujuan untuk memudahkan rakyat menutup muka dan tidak membebankan sumber kewangan mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI