KUALA LUMPUR – Pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri bertunang dengan teman lelakinya seorang warga Eropah hari ini.
Pengumuman itu dikongsi sendiri olehnya melalui laman sosial Instagram @dramalinabakri.
Menerusi gambar yang dimuat naik itu Amalina berkata, beliau teruja untuk membuat persiapan perkahwinan di kedua-dua belah pihak iaitu di United Kingdom dan Malaysia.
Amalina pada 2018 pernah memuat naik gambarnya bersama lelaki berkenaan dan mengakui bahawa jejaka tersebut adalah teman lelakinya. – K! ONLINE