fbpx

Bomba selamatkan empat beranak dari rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan empat beranak daripada rentung dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mereka adalah Royston Edmund Jeti Tugang, 45, isterinya, Jennifer Lu Zhen Nie, 43, dan anak iaitu Gwenhwyvar Estella, 6, serta Ruairi Zacchaeus Gana, 3 yang ditemui di bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kebakaran dikatakan bermula dari tingkat bawah rumah tersebut dengan kesemua mangsa tidur di bilik utama di bahagian atas rumah itu.

Katanya, empat beranak cuba keluar namun tidak dapat mencapai kunci yang diletakkan di tingkat bawah susulan api telah marak.

“Seramai 25 anggota anggota termasuk pegawai daripada dua buah balai bomba dan penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menrima panggilan kecemasan pukul 2.18 pagi dan tiba 2.37 pagi.

“Bomba yang segera melakukan pemadaman berjaya membuka laluan menuju ke tingkat atas dalam tempoh dua minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua mangsa berasal dari Kuching, Sarawak itu ditemui selamat di bilik air tingkat atas dalam keadaan telah sesak nafas sebelum segera diberikan bantuan sewajarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI