fbpx

Bersatu Selangor nafi pembubaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azlan (empat duduk dari kanan) bersama ahli yang mengumumkan keluar Bersatu hari ini.

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menafikan dakwaan pembubaran bahagian sehingga melumpuhkan parti itu di negeri ini susulan terdapat ketua dan ahli bahagiannya keluar sejak Sabtu lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, dakwaan tersebut jelas tidak berasas berikutan bahagian tetap ada meskipun ahli jawatankuasa (AJK) telah keluar parti.

Katanya, bagaimanapun pihaknya merasa kecewa berikutan tindakan sebilangan kecil ahli parti tersebut namun menerimanya dengan terbuka kerana politik negara ini berpaksikan demokrasi dan kebebasan berparti.

“Tindakan ahli jawatankuasa bahagian dan ahli yang keluar akan mengakibatkan terbubarnya ajk bahagian itu sendiri dan bukannya bahagian, bahagian tetap ada biarpun ajk telah keluar.

“Dalam perlembagaan Bersatu, fasal 19.10 menyebut jika semua ahli-ahli jawatankuasa bahagian berhenti dengan serentak maka Majlis Pimpinan Tertinggi akan mengadakan persidangan khas bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian dan menentukan tempoh perkhidmatannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan setakat ini hanya tiga Ketua Bahagian Bersatu di Selangor yang mengumumkan keluar parti iaitu Klang, Bangi dan Kuala Selangor.

“Bersatu Selangor mempunyai seramai 54,000 ahli dan dakwaan 70 peratusnya daripada telah keluar adalah tidak benar kerana saya belum menerima sebarang surat permohonan keluar parti,” katanya.

Dalam pada itu, hampir 20 inidividu termasuk Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam, Mohd. Azlan Shah Mohd. Arshad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd. Hassan Ismail mengumumkan keluar parti selang lima jam sidang akhbar oleh Abdul Rashid.

Jelas Mohd. Azlan, mereka keluar parti selepas tidak boleh menerima perjuangan parti yang telah berbeza daripada asal penubuhannya.

“Ini gelombang pertama dan selepas ini tidak perlu bergaduh lagi dengan kami akan meneruskan wadah perjuangan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI