fbpx

366 premis tidak patuh SOP Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bawani (kanan) ketika menjalankan Operasi Pematuhan SOP Covid-19 di sini sebuah premis perniagaan di Lebuh King, George Town di sini petang tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebanyak 366 pemilik premis di sekitar pusat bandar ini dikesan masih gagal mematuhi prosidur standard operasi (SOP) Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Pergerakkan Kawalan Pemulihan (PKPP) sehingga semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M. Bawani berkata, jumlah tersebut adalah hasil tinjauan ke atas 42,714 premis perniagaan di dua daerah negeri ini sejak 10 Jun lalu.

Menurutnya, antara ketidakpatuhan SOP adalah kegagalan memakai pelitup muka, penjarakkan fizikal dan penyediaan kaunter pemeriksaan suhu badan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 42,348 premis didapati telah mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKPP. Peratusan kepatuhan SOP adalah sebanyak 99.14 peratus.

“Kita sentiasa turun padang untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang SOP Covid-19. Ini adalah misi kerajaan negeri dalam memastikan bahagian pulau kekal zon hijau,” katanya pada sidang akhbar Operasi Pematuhan SOP Covid-19 di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi yang dijalankan selama dua jam mulai pukul 2.30 petang tadi membabitkan lima buah premis perniagaan termasuk dua buah restoran nasi kandar di Jalan Gurdwara, Lebuh King dan Datuk Keramat.

Jelasnya lagi, penggunaan aplikasi MySejahtera digalakkan di semua premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI