fbpx

222 individu ingkar PKPP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Seramai 222 orang individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 49 individu telah direman, manakala lima individu dijamin dan 168 individu lagi dikenakan kompaun.

Katanya, Task Force Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,456 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi Standard (SOP) PKPP.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (32); aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (81); apa-apa aktiviti yang melanggar SOP (87), melanggar SOP kuarantin di rumah (5) dan tidak memakai pelitup muka (17).

“Dalam pada itu, sebanyak 4,188 pasar raya, 6,225 restoran serta 2,056 penjaja dan 2,615 pasar awam serta pasar tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,784 tempat ibadah serta 1,432 tempat riadah,”katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI