fbpx

10 peratus pengeluaran getah negara untuk turapan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah semasa pengeluaran getah negara dalam penurapan jalan melalui teknologi turapan bitumen sekerap terubahsuai (CMB) pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, ketika ini hanya 0.8 peratus daripada jumlah semasa pengeluaran getah negara digunakan untuk tujuan berkenaan.

Menurut beliau, pada tahun 2019, sebanyak 400 hingga 500 tan getah telah digunakan untuk penurapan jalan menggunakan teknologi CMB membabitkan peruntukkan sebanyak RM100 juta.

“Walaupun peratusan itu kecil, penggunaan getah CMB untuk penurapan jalan sepanjang 202.7 kilometer itu adalah sangat bermanfaat untuk agensi terlibat, seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam membuat pernilaian dan kajian pengkomersialan dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

“Kita akan mencapai peratusan lebih tinggi apabila penggunaan CMB lebih banyak dikomersialkan dengan sepenuhnya terutamanya di Malaysia atau negara-negara yang mengeluarkan getah asli seperti Thailand dan Indonesia,”katanya sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai peratusan penggunaan getah berbanding jumlah pengeluaran getah negara bagi tujuan penurapan jalan di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI