fbpx

Zarco tempah petak depan di Brno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO melakukan kejutan apabila menempah petak depan yang pertama sejak tahun 2018 apabila cemerlang pada sesi kelayakan pada GP Republik Czech di Litar Brno semalam.

BRNO – Pelumba pasukan Reale Avintia Racing, Johann Zarco melakar kejutan apabila me­nempah petak depan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno hari ini.

Bekas pelumba Yamaha Tech 3 itu menampilkan tunggangan mantap pada sesi kelayakan sekali gus menafikan petak depan buat pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo.

Bagaimanapun, Zarco sememangnya menjadi tumpuan pada sesi kelayakan tersebut memandangkan dia turut melakukan catatan masa terbaik pada sesi latihan bebas keempat.

Lebih manis, keputusan itu menyaksikan Zarco mendapat petak depan pertamanya sejak GP Perancis di Litar Le Mans dua tahun lalu ketika masih bersama Yamaha Tech 3.

Keputusan itu menyaksikan perlumbaan sengit disajikan hari ini apabila beberapa keputusan di luar jangkaan dicatatkan pada sesi latihan bebas dan kelayakan.

Sementara itu, Quartararo terpaksa berpuas hati di petak kedua meskipun hampir pasti memulakan perlumbaan di petak depan sebelum dirampas Zarco pada penghujung sesi kelayakan.

Usaha pelumba dari Perancis itu untuk merampas petak depan daripada rakan senegaranya itu tidak kesampaian apabila dia terjatuh ketika cuba mengejar.

Pada masa sama, seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli juga akan bermula di barisan depan selepas menamatkan sesi kelayakan di petak ketiga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI