fbpx

Trump lulus bantuan pandemik RM1,675 seminggu kepada rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP menandatangani perintah eksekutif bantuan ekonomi Covid-19 di Bedminster, New Jersey kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump kelmarin menandatangani perintah eksekutif melanjutkan bantuan kewangan kepada penduduk Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat pandemik koronavirus selepas tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat tidak gembira dengan cara beliau menangani krisis tersebut.

“Kami akan menyelamatkan pekerjaan AS dan menghulurkan bantuan kepada pekerja AS,” kata Trump pada sidang akhbar di kelab golf miliknya di Bedminster, New Jersey di mana beliau menghabiskan hujung minggunya.

Ketika pengangguran meningkat kepada dua angka, perniagaan terjejas akibat penjarakan fizikal dan virus Covid-19 berterusan menular, ramai penduduk AS bergantung kepada bantuan kewangan serupa yang diluluskan sebelum ini oleh Kongres tetapi tamat Julai lalu.

Di bawah perintah tersebut, Trump menjanjikan bantuan kewangan AS$400 (RM1,675) seminggu sebagai tambahan kepada bantuan orang hilang pekerjaan di AS, manakala dua langkah lain menawarkan pelindungan kepada pembeli rumah daripada diusir pihak bank dan penangguhan pembayaran balik pinjaman pendidikan.

Bantuan kewangan itu lebih rendah daripada AS$600 (RM2,512) yang ditawarkan dalam pakej rangsangan berakhir pada bulan lalu. Ia juga mungkin berjumlah sekitar AS$300 (RM1,256) sahaja seminggu kerana Trump berkata, AS$100 (RM400) lagi akan dibayar oleh kerajaan negeri hanya jika kerajaan negeri bersetuju berbuat demikian.

Langkah keempat yang ditentang ramai wakil rakyat Parti Republikan dan Demokrat melibatkan pembekuan pembayaran cukai pendapatan oleh Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI