fbpx

Syarat ketat kepada Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI hanya dibenarkan membawa dua kru jika berhasrat untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha (SRT) bagi saingan MotoGP pada musim depan.

PASUKAN Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) meletakkan syarat ketat kepada juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi sekiranya berhasrat untuk menyertai pasukan berpangkalan di Malaysia itu pada tahun depan.

Difahamkan, pelumba Itali itu ingin membawa semua kru terbaiknya pada musim depan ke dalam pasukan itu, namun prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali me­negaskan, pihaknya hanya membenarkan dua kru dibawa masuk.

Jelas Razlan, beliau tidak mahu Rossi merosakkan struktur yang dibina pasukannya sepanjang dua tahun ini dalam kelas premier MotoGP dengan melakukan perubahan besar-besaran terhadap barisan kru terbaiknya.

“Kita sudah meletakkan syarat jika Rossi datang ke pasukan kami, maka dia tidak boleh membawa semua kru ke SRT. Kita tidak mahu dia rosakkan struktur yang kita ada ketika ini.

“Kita sudah melakukan pertemuan dan perbincangan apabila hanya dua orang kru akan datang dari pasukan pengeluar Yamah Monster Energy. Apa yang kita faham menerusi perbincangan sebelum ini adalah Rossi hanya membawa ketua kru dan jurulatihnya.

“Hanya dua slot itu sahaja tinggal buat masa ini,” kata Raz­lan pada Kosmo! Ahad semalam.

Sebelum ini, Rossi pernah membawa seluruh kru bersamanya setiap kali dia menukar pasukan termasuk dari Honda ke Yamaha, Yamaha ke Ducati sebelum ke kembali semula ke Yamaha.

Bagaimanapun, berapa jumlah kru yang akan berpindah ke dalam pasukan Petronas Yamaha SRT dan apa yang berlaku kepada mekanik serta jurutera akan diketahui tidak lama lagi.

Pasukan milik Malaysia tersebut dijangka memuktamadkan perjanjian dengan Rossi pada Grand Prix (GP) Styria yang dijadual berlangsung di Litar Red Bull Ring-Spielberg, Austria pada 23 Ogos ini.

Pasukan Yamaha Monster Energy sebelum ini mengumumkan pelumba pasukan SRT, Fabio Quartararo akan menyertai mereka pada musim hadapan, manakala Rossi dikhabarkan sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili pasukan satelit Yamaha berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI