fbpx

Remaja patah paha tergelincir semasa berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mangsa yang tercedera setelah jatuh tergelincir semasa berkelah di Lata Payung, Kuak dekat Lenggong hari ini.

LENGGONG – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam air sewaktu berkelah di Lata Payung, Kuak dekat sini petang tadi.

Dia terjatuh daripada paras ketinggian kira-kira 150 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, PBK II Nik Mohd. Kamil Nik Yaakob berkata, identiti mangsa dikenali sebagai Muhammad Ajmal Erfan Abdul Majid.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.44 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Difahamkan mangsa datang untuk berkelah bersama rakan sebelum dia tergelincir dari kawasan berbatu lata ini dan terjatuh ke dalam air.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan patah pada bahagian paha kanan, patah gigi dan luka pada dahi,” katanya.

Anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal dengan memasang alat c-collar dan menggunakan pengusung bagi membawa mangsa menuruni kawasan bukit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada anggota paramedik bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Operasi tamat pada pukul 5.08 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI