fbpx

Pereka fesyen naik bengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICO RINALDI (kanan).

Jarang Diva dapat cerita tentang pereka fesyen yang berang dengan artis.

Tetapi baru-baru ini tular kisah seorang pereka fesyen, Rico Rinaldi yang kecewa dengan sikap seorang artis disebabkan sikap artis itu yang dikatakan sombong dan suka merendah-rendahkan jenama tempatan.

Mana tidaknya, Rico dikatakan ingin menjadikan si artis berkenaan sebagai wajah untuk koleksi keluaran hari raya Aidilfitri 2021.

Namun jawapan yang diterima Rico sangat mengecewakan. Si artis tidak berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Rico dan menolak tawaran tersebut. Katanya dia hanya terima tawaran daripada jenama antarabangsa sahaja.

Si artis juga mengatakan tidak mengenali selebriti yang telah bekerjasama dengan Rico. Alahai, kekwatnya si artis! Tahulah awak tu tengah popular dan sering buat reviu untuk produk antarabangsa tapi tidak perlulah acah-acah kekwat begitu.

Kalau diteruskan sikap begitu, memang susah hendak cari sponsor baju ke anugerah nanti. Apa pun, harap Rico temui pengganti lain yang sikapnya lebih baik serta merendah diri.

Tak silap Diva, jenama Rico Rinaldi ini popular dalam kalangan selebriti. Neelofa, Syafiq Kyle dan Mira Filzah pun pernah menjadi wajah rasmi jenama tersebut.

DIVA: Bersemut pula tengok gelagat pasangan merpati dua sejoli Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Entah main-main atau sungguh-sungguh, entahlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI