fbpx

Misi The Citizen belum berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY menundukkan Real dengan agregat 4-2 untuk mara ke pentas suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar jangan rasa terlalu selesa meskipun sudah me­nyingkirkan Real Madrid daripada saingan Liga Juara-Juara.

City yang merupakan pasukan pilihan musim ini mara ke suku akhir menerusi agregat 4-2 selepas menang 2-1 pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik di Etihad awal pagi semalam.

Bekas pengendali Barcelona itu menegaskan, menang ke atas Real masih belum mencukupi memandangkan sasaran mereka musim ini adalah untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara.

“Sasaran kami musim ini adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara. Jika kami rai kemenangan ke atas Real, ia menunjukkan betapa kecilnya pasukan ini.

“Sekiranya anda mahu menang saingan Liga Juara-Juara, anda perlu tewaskan pasukan besar. Zinedine Zidane tidak pernah kalah dalam saingan kalah mati tetapi kami tewaskan mereka­ dua kali,” kata Guardiola.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Guardiola mengakui City menampilkan aksi lebih baik dan berjaya menjaringkan dua gol hasil kesilapan pasukan lawan.

“Kami mencipta banyak peluang jaringkan gol dan dua gol ini berpunca daripada kesilapan mereka. Tidak mudah bermain menentang mereka tetapi kami tidak berputus asa melancarkan serangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI